PROGRAM SEPENUH MASA

Di Kolej Komuniti Kuching, bakal pelajar berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang seperti berikut.

SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA

Sinopsis
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:-

1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak Undang Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan,
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan, dan
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM).

Prospek Kerja
Sijil Teknologi Senibina disasarkan dapat melahirkan pelajar-pelajar berpengetahuan dan berkemahiran bagi memenuhi kehendak industri dalam kerjaya seperti berikut:

- Pelukis pelan senibina
- Pelukis pelan kejuruteraan
- Juruteknik bangunan
- Pembuat model bangunan
- Penyelia tapak pembinaan
- BIM modeler

Syarat Am Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian: 4 semester

SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

Sinopsis
Program Fesyen dan Pakaian adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang pembuatan pakaian dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan:

1. Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian.
2. Menghasilkan rekaan pakaian yang kreatif dan inovatif.
3. Berkebolehan menghasilkan pakaian wanita dan lelaki mengikut teknik yang betul.
4. Mempelajari dan menggunakan pelbagai teknik hiasan pakaian yang terdapat dalam sulaman
5. Mengetahui perkembangan evolusi fesyen dalam seni warisan.
6. Berkebolehan untuk menghasilkan jahitan pakaian yang kemas dan berkualiti.
7. Mengaplikasikan ciri-ciri keusahawanan di dalam bidang fesyen dan pakaian.
8. Mempraktikkan kaedah dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan.

Prospek Kerja
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:

- Pembuat pakaian
- Usahawan fesyen
- Pembantu pereka fesyen
- Sewing associate
- Fashion buyer
- Ilustrator fesyen

Syarat Am Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian: 4 semester

Sijil Asas Jahitan Kreatif

Sinopsis
Program ini direka bertujuan memperkenalkan pelajar Kelainan Upaya Pembelajaran (LD) terhadap keperluan tenaga kerja mengikut saranan kerajaan bagi membantu golongan ini mengembangkan kemahiran disamping membantu meningkatkan taraf hidup. Secara tidak langsung, pelajar memperolehi pengalaman sebenar dunia pekerjaan.

Prospek Kerja
a. Tukang jahit
b. Pembantu butik
c. Pembantu pereka
d. Usahawan yang berpengetahuan dalam bidang jahitan kreatif, berkemahiran teknologi digital dan numerasi dan memiliki kualiti kreatif dan inovatif

Syarat Am Kemasukan
Memiliki Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
Memiliki Sijil Berhenti Sekolah
Menguasai 3M (Membaca, Mengira dan Menulis)


Tempoh Pengajian: 4 Semester (2 tahun)

ANDA BERMINAT?

Kami berasa berbesar hati sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk mengisi borang di bawah.

Terima kasih.

ALUMNI KOLEJ KOMUNITI KUCHING

Siti Tazilah

T.H.A.Z. Company

"Gunakan kepakaran dan kemahiran yang diperoleh daripada Kolej dengan sebaiknya"

Khairul Anuar Gerardo

Senior Executive
(Head of BIM Department)
IJM Corporation Berhad

"Sentiasa cari peluang dan terus mencuba meningkatkan potensi diri"

Lyona Stephen

Pengurus Mystudio

"Asasnya di sini dan kembangkankah bakat diri."