Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul
To be the leading-edge TVET institution

Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
To provide wide access to quality and recognized TVET programmes
Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat
To empower communities through lifelong learning
Melahirkan graduan holistic, berciri keusahawanan dan seimbang
To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates

  • Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.
  • Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. 
  • Membolehkan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmat kolej komuniti untuk memberi latihan kepada pekerja mereka. 
  • Menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pelbagai kementerian supaya dapat memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat
  • Memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan kolej komuniti dan 
  • Memberi khidmat nasihat/ kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.
  • Proses TVET dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut takwim dan kalender akademik perancagan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Proses Pendaftaran Pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar 
  • Memastikan semua pelajar mendapat tempat latihan industri sebelum tarikh lapor diri 
  • Keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas peperiksaan akhir tamat dan 
  • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja