Pengenalan

  • Kolej Komuniti merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Kolej Komuniti Telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000.
  • Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen.
  • Kolej Komuniti berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
  • Dua belas (12) buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada 2001.
  • Di peringkat pusat, Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (SPKK), Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia pengurusan semua Kolej Komuniti KPTM.
  • Di peringkat institusi pula, Kolej Komuniti di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu pegawai-pegawai kanan, pensyarah/pengajar dan juga kakitangan sokongan.