AHAD 19 MEI 2013

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi sijil modular kebangsaan?
Tempoh pengajian bagi sijil modular kebangsaan ialah selama 3 bulan hingga 6 bulan bergantung kepada jenis kursus yang diikuti oleh pelajar.



Bagaimanakah cara perlaksanaan pengajian sijil modular kebangsaan?
Sijil modular kebangsaan merupakan latihan berdasarkan proses kerja sebenar di mana ianya dijalankan secara sepenuh masa (waktu pejabat) dan separuh masa (hujung minggu).



Siapakah yang layak memohon sijil modular kebangsaan?
Warganegara MALAYSIA yang berumur 17 tahun ke atas adalah layak memohon sijil modular kebangsaan. Terbuka kepada  semua golongan masyarakat komuniti, pekerja, pelajar, pesara, warga emas, suri rumah, lepasan sekolah dan lepasan universiti.



Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti pengajian sijil modular kebangsaan?
Yuran pengajian bagi sijil modular kebangsaan adalah sebanyak RM10.00 per bulan.



Adakah setiap kursus bagi sijil modular kebangsaan yang ditawarkan sama di setiap Kolej Komuniti di Malaysia?
Tidak, kursus bagi sijil modular kebangsaan adalah tidak sama di setiap Kolej Komuniti. Maklumat tawaran kursus bagi setiap kolej boleh didapati di laman web www.jpkk.edu.my



Sekiranya pelajar ingin berpindah atau bertukar kepada ke Kolej Komuniti lain adakah pelajar boleh berpindah secara serta merta?
Tidak boleh, pelajar perlu menamatkan tempoh pengajian sijil modular kebangsaan yang sedang dijalani di kolej yang berkenaan sehingga tamat tempoh pengajian. Proses bertukar/berpindah boleh dilakukan bagi menyambung pengajian ke peringkat SMK yang seterusnya.



Bagaimanakah cara permohonan boleh dibuat?
Permohonan bagi sijil modular kebangsaan dan program latihan 1 Malaysia boleh di buat secara online di laman web ini. Iklan permohonan juga ada dikeluarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

 

Adakah Kolej Komuniti Ledang menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar?
Kolej Komuniti Ledang tidak menyediakan kemudahan asrama bagaimanapun pihak kolej akan membantu mencari rumah sewa untuk penginapan pelajar bagi mereka yang mengikuti pengajian sijil modular kebangsaan.

 

Adakah bantuan kewangan seperti elaun atau pinjaman disediakan kepada pelajar yang mengikuti pengajian sijil modular kebangsaan?
Mulai Ogos 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan Elaun Wang Saku kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan dan Sijil Kolej Komuniti. Elaun Wang Saku akan diberikan kepada setiap pelajar pada setiap bulan pada kadar RM250.00 sebulan. Hanya pelajar yang layak memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sahaja layak menerima Elaun Wang Saku.



Adakah pelajar perlu menjalani latihan industri sepanjang mengikuti sijil modular kebangsaan?
Latihan Industri pelajar bergantung kepada modul yang dilaksanakan di dalam sijil modular kebangsaan. Sekiranya terdapat pelajar yang perlu mengikuti atau menjalani latihan industri di syarikat/firma maka pelajar perlulah mencari sendiri syarikat/firma untuk menjalani latihan industri tersebut. Tempoh latihan industri adalah bergantung kepada modul pengajian. Elaun dan lain-lain kemudahan yang diperolehi semasa latihan industri berjalan adalah bergantung kepada pihak syarikat/firma.



Sekiranya pelajar hanya menamatkan SMK 1 adakah pelajar akan dikurniakan sijil?
Ya, pelajar tersebut akan menerima sijil hanya bagi modul yang diikuti sahaja. Untuk mendapatkan Sijil Kolej Komuniti pelajar perlu menamatkan keseluruhan modul sijil modular kebangsaan yang ditawarkan dan pengambil sepenuhnya modul pengajiam am.

 

Apakah kelebihan memiliki sijil modular kebangsaan Kolej Komuniti?
Dengan memperolehi sijil modular kebangsaan Kolej Komuniti, lulusan boleh meningkatkan kemahiran baru (upskilling), menambah kemahiran sedia ada (reskilling) dan membantu setiap lulusan mendapat pekerjaan berdasarkan bidang yang diceburi (kebolehkerjaan).

 

Adakah pelajar sijil modular kebangsaan boleh mengambil cuti semasa tempoh pengajian dijalankan?

Tidak boleh, pelajar hanya dibenarkan mengambil cuti sekiranya berlaku kecemasan dan hari cuti tersebut wajib digantikan dengan sesi kuliah pada hari yang lain. Pelajar perlu mengemukakan bukti cuti seperti surat kematian atau lain-lain dan menyerahkan kepada pensyarah yang berkenaan. Sekiranya pelajar gagal memenuhi peratus kehadiran sebanyak 80% pelajar dikira gagal dan tidak boleh menduduki peperiksaan akhir.